NOVEL PERLUMBAAN KEDUA

1.  Perwatakan  watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Sejauhmanakah watak utama itu dapat  menghadapi cabaran dalam hidupnya.

      Perlumbaan kedua. 

     Watak utama dalam novel ialah Tuk kura. Beliau berusia 199 tahun. Merupakan ketua kumpulan kura-kura dan  bersaiz badan besar. Beliau mempunyai sifat berani , penyayang dan gigih berusaha.

     Beliau dapat menghadapi cabaran dalam hidupnya berdasarkan perwatakannya , iaitu berpengalaman dan berfikiran tajam. Contoh , Tuk kura banyak pengalaman hidup dan dapat menjangkakan apa yang akan berlaku seperti helah yang digunakan oleh sang arnab. Seterusnya Tuk kura juga berhati-hati dalam sebarang tindakannya. Contohnya , beliau berwaspada dengan tipu muslihat sang kancil apabila sang kancil memberitahu nya sang arnab mencabar Tuk kura berlumba kali kedua. Ini kerana sang kancil terkenalkan dengan sifat yang suka mengadu domba binatang lain.Selain itu, Tuk kura mempunyai pendirian yang tegas terutama terhadap cucu- cucunya dan tetap mempertahankan apa yanh ditetapkan seperti mengadakan latihan walaupun ditentang oleh suku sakat yang lain. Tuk kuta digambarkan seorang yang berani kerana menyahut cabaran sang arnab yang lebih tangkas daripadanya untuk berlumba sekali lagi walaupun yang lain berasa takut tetapi dia tidak gentar sebaliknya mencari jalan untuk menewaskan sang arnab. Berdasarkan perwatakan yang ada pada dirinya maka Tuk kura dapat menghadapi cabaran dalam hidupnya dan seterusnya dianggap sebagai wira kerana mampu mempertahankan maruah suku sakatnya.

2. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, nyatakan sebab-sebab yang memungkinkan pembaca lebih memberikan perhatian kepada watak utama semasa membaca novel. 

 Jawapan.

     Watak utama memainkan peranan yang penting dalam sesebuah novel.Contoh, Tuk kura terlibat dengan peristiwa-peristiwa penting yang berkisar pada wataknya. Pembaca memberi tumpuan yang lebih kepada watak utama kerana watak utama memiliki sifat-sifat yang baik jika dibandingkan dengan watak-watak yang lain. Contoh Tuk kura memiliki sifat bijaksana, gigih , tabah menghadapi cabaran berani dan berhati-hati. ( Huraikan seperti diatas.) Watak utama biasanya berjaya mengatasi masalah dan mendapat kejayaan pada akhir cerita. Contoh, Tuk kura berjaya mengalahkan sang arnab dalam perlumbaan yang kedua dan mempertahankan kemenangan suku-sakatnya dalam perlumbaan yang pertama.

3. Nyatakan nilai dan pengajaran daripada novel .

     Nilai yang terdapat dalam novel ialah menepati janji. Contohnya, tuk kura muncul pada hari perlumbaan seperti yang dijanjikan. Selain itu, bijaksana, Contoh, tuk kura bijak memilih tempat perlumbaan dan cara berlumba. Selain itu, tegas kerana tuk kura tetap dengan pendiriannya untuk berlatih mengikut caranya. Seterusnya, berani. Contoh, tuk kura berani berlumba dengan sang arnab.

     Akhirnya, insaf. Contoh, suku-sakat kura insaf akan kesalahan mereka mendera tuk kura.

     Pengajaran dalam novel pula ialah kita jangan bersikap sombong dan menghina orang lain. Contoh sang arnab menghina kura-kura yang berjalan lambat dan menganggp dirinya pantas berlari.

     Selain itu, kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kehidupan seharian. Contohnya, Binatang –binatang lain turut bekerjasama dalam menjayakan perlumbaan yang kedua. Setersnya, Kita hendaklah menepati janji. Contonya, tuk kura tetap datang pada hari perlumbaan walaupun beliau menghilangkan diri sebelum itu. Kita hendaklah bersikap adil dalam melaksanakan tugas sebagai hakim. Contohnya, Gajah bersikap adil dengan menunggu kedetangan

            Tuk kura walaupun disuruh memberikan kemenangan kepada arnab keran tuk kura lamba

About

This is an example of an iSchool-Blog page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. You can create as many pages like this one or sub-pages as you like and manage all of your content inside of iSchool-Blog.

apresiasi

Welcome to ROSNANI BT YUSOFF Blogs. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

This site is protected by Comment SPAM Wiper.